SEJARAH


SEJARAH PUSPANITA
Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA) di sana. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan yang mesra kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudiannya menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita.

Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose, Kuala Lumpur telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti. PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun Dr. Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan RUMAH PUSPANITA yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut. Malah dewan di RUMAH PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah. Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih ini mendorong PUSPANITA untuk menjalankan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya.

No comments:

Post a Comment